Monday, August 20, 2007

KAMBING BOER



Ramai dikalangan kita memilih untuk dapatkan kambing boer yang paling berkualiti. Namun tidak semua mengenali generasi-generasi boer. Mari lihat beberapa tips untuk mengenali boer terbaik sebagai ternakan kita.

Asal usul Kambing Boer pada dasarnya tidak begitu jelas, tetapi ramai penyelidik mempercayai ia mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika yang menjadi binatang ternak suku Namaqua Hottentots dan suku asli yang berhijrah dipanggil ‘Souhtern Bantu’.

Di percayai juga terdapat pengaruh kambing dari India, Angora dan Eropah. Kelahiran kambing polled (tidak bertanduk) dipercayai mempunyai pengaruh baka kambing susu dari Eropah. Boer bermaksud ‘farm’ atau ‘ladang’ dalam bahasa Belanda. Boer yang kelihatan hari ini telah ujud semenjak awal 1900an apabila beberapa ladang di Wilayah Timur Cape, Afrika Selatan mula membuat pemilihan baka untuk tujuan pengeluaran daging kambing. Pada 1959 , pembiakkan dan pemilihan Kambing Boer mula di kawalselia oleh Boer Goat Breeder’s Association (South Africa).

Berdasarkan Piawaian Baka oleh Boer Goat Breeder’s Association of South Africa, ciri-ciri Boer yang ideal adalah berbadan putih dan coklat/merah dikepala dan leher ( blaze). Kehaziran tompok coklat/merah dibahagian badan pada kadar minima adalah dibenarkan.

Boer adalah binatang yang kuat dan mantap, konformasi badan yang baik. Kaki nya pendek , tegap , berisi serta paha dan bahagian belakang yang tegap dan berotot. Ianya jelas menggambarkan ciri-ciri kambing daging yang baik.

Kambing Boer Jantan mencapai berat 110-135 ketika matang manakala kambing betina 90-100 kg. Daging Boer terkenal tentang keenakannya. Buat masa ini ia mendapat pasaran yang begitu tinggi di Amerika Syarikat terutama untuk kacukan Boer yang mempunyai 75% atau lebih darah Boer. Boer kini menjadi kegilaan pengusaha/penternak di Malaysia (selain Peranakan Ettawah/PE) dan banyak negara di dunia. Akhir-akhir ini baka Boer dan Boer Kacukan semakin sukar diperolehi.

Ringkasan Ciri-ciri Boer

* Mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika
* Diternak suku Namaqua Hottentots dan suku Southern Bantu
* Terdapat pengaruh kambing India, Angora dan Eropah
* Berbadan Putih & Coklat/ Merah dari kepala ke leher
* Konformasi badan yang baik, tegap dan mantap. Kaki pendek, tegap, berisi serta bahagian paha dan belakang yang tegap dan berotot.


Grade berdasarkan peratusan darah yang terkandung didalam badan kambing boer tersebut. Paling kurang F1 >30% dan paling tinggi FullBlood >98%. Untuk kambing yang tak cukup % darah dipanggil non-graded.Jenis ini biasanya digunakan untuk sembelih. Harga Boer non-graded sememang murah kerana semasa kecik lagi dah kena jual untuk digemukkan. Harga lingkungan RM100 - RM150. Dicampur dengan kos pengangkutan dll lebih kurang RM350 - RM450. Tengok ladang mana yang jual. Kalau Terraweena di Australia tu mahal sikit tapi kalau chevredor ke apa ke, buleh tahan la harga dia. Kambing boer non-graded ni tak sesuwaii langsung untuk dibuat baka kerana kelahiran anak kembar amat kurang dan anak juga tidak begitu bagus. Ini disebabkan, kambing boer tersebut disasarkan untuk daging.

Manakala, kambing untuk breedingprotocol, memang dikhaskan untuk tujuan pembiakan. Orang tidak menjual kambing boer jenis ini di pasar borong. Rugi, ini adalah kerana, berat betina adalah dalam purata 35kg - 50kg sahaja. Kambing untuk ini, tak boleh besar sangat Kambing jenis ini akan biasanya (kadar 180%) bunting kembar. Kalau ada 100 ekor pada January 2007, maka pada berakhir Disember 2008 akan ada lebih kurang 500 ekor. Kambing bunting untuk tempoh 5 bulan. Selepas sebulan pastu dah boleh mengawan balik. Kira dalam setahun 4 ekor anak dan 2 tahun ada 8 ekor. Kalau 100 ekor x 8 = 800 ekor. Kambing boer dikenal pasti antara baka kambing yang terbaik. Dari segi ketahanan fizikal juga mental, kambing juga antara top rank di dalam keluarga kambing pada masa ini. Baka pejantan untuk Boer boleh mencapai 150kg sebesar anak lembu.

BoerF1
Boer FB jantan yang di kacukkan dengan kambing feral betina yang berwarna putih. Menghasilkan boer F1. Berwarna putih keseluruhan dan bentuk badan masih bercirikan feral.

BoerF2
Boer FB dikacukkan denga boer F1 menghasilkan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat tetapi agak kabur warnanya. Bentuk badannya juga masih kurang ciri-ciri boer yang berkualiti.

BoerF3
Boer F3 adalah kacukan antara boer FB dengan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat kemerah-merahan. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB. Kualitinya sangat baik dan banyak dibawa masuk ke Malaysia.

BoerF4
Begitu juga boer F4. Ia juga merupakan kacukan antara boer FB dengan F3. Kepalanya berwarna coklat lebih gelap berbanding boer F3. Keseluruhan kepalanya coklat kemerah-merahan dan kehitam-hitaman. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB juga.

BoerPurebred (F5)
Kacukan ini memperlihatkan pengaruh gen boer yang kuat. Secara keseluruhannya, kelihatan boer purebreed hampir sama dengan boer FB. Cuma terdapat tompok-tompok putih atau tompok-tompok coklat di badannya. Warna coklat kemerah-merahan bukan hanya terdapat di kepala tetapi turut terdapat di badan. Boer generasi ini juga sangat berkualiti untuk dijadikan baka (pejantan).



1 comment:

baodahm said...

The Top 10 Best Casino Apps - Dr.MCD
The 평택 출장안마 Top 10 Best Casino Apps · 1. Red Dog Casino, $10,000 – $10,000 · 2. Ignition Casino, $8,500 – 속초 출장샵 $7,000 · 3. BoVegas, $7,500 토토커뮤니티 – $6,000 · 4. 강원도 출장마사지 Ignition Casino, $4,000 – $5,000 · 안양 출장안마 5.