Pemilihan baka boleh dibuat berasaskan beberapa ukuran seperti:
i. Baka dan keturuanan
ii. Bentuk badan atau konformasi:
a.Teknik pengamatan
b. Teknik perabaan
c. Teknik berdasarkan penilaian (pemberian markah).
3.1 Cara Pemilihan Baka dan Keturunan
Pemilihan cara baka dan keturunan ini memerlukan catatan rekod mengenai prestasi induk kambing tersebut. Pemilihan cara begini adalah sukar kerana kebiasaan catatan tidak dibuat dengan sepenuhnya.
Di antara butiran yang perlu di dalam pemilihan cara begitu adalah:
i. Berat semasa dilahirkan adalah tinggi
ii. Kenaikan berat badan yang cepat
iii. Berat badan semasa 1 tahun
iv. Keluaran susu yang banyak
v. Jarak kelahiran yang rapat.
Cara Pemilihan Konformasi Badan
Cara-cara Pengamatan
Sifat | Jantan | Betina |
Warna | Warna bebeza mengikut jenis baka | Sama |
| | |
Kulit dan bulu | Lembut, pendek dan berkilat, | Lembut, pendek, licin dan berkilat tidak kusut |
| | |
Saiz | Besar dan berat badan lebih dari 25 kg (had minima berbeza mengikut baka) | Sedang atau besar tidak kurang 20 kg (had minima berbeza mengikut baka) |
| | |
Kepala | Sederhana, bertanduk atau tidak bertanduk; mata bersinar; dagu sama rata | Panjang dan sederhana, bersih, tiada ketul-ketul daging yang berlebihan |
| | |
Leher dan bahu | Tidak panjang; berdaging pejal | Leher jinjang; bahu kecil dan sempit |
| | |
Dada | Bidang dan gempal menunjukkan kekuatan | Sederhana |
| | |
Rangka | Bulat dan sama besar; tulang rangka sama jarak menunjukkan paru-paru yang baik | Rangka dada lebar dan sama jarak supaya badan nampak bulat. Perut jangan menonjol ke bahagian dada |
| | |
Badan | Gempal, panjang besar dan lurus | Badan tegap menurun ke hadapan dari perut ke bahu depan |
Bahagian belakang | Lurus, tegap, lebar dan berdaging penuh | Lurus, tegap dan lebar terutama di bahagian "rump" dan punggung. "Rump" menurun sedikit tidak terlalu mencuram |
| | |
Kaki hadapan | Lurus, tegap dan teguh; keduanya selari | Lurus, kuat, tulangnya baik dan teguh. Keduanya selari |
| | |
Kaki belakang | Tegap dan kukuh. Keduanya selari apabila berdiri tegak. Bila berjalan tidak mengarah keluar (meraut). Pastern tidak jatuh dan jari mengadap ke hadapan. Peha lebar dan besar | Lurus, tegap dan mengadap ke hadapan selari jika dilihat dari belakang; "Hock" pendek sedikit; "Pastern" pendek dan tidak terjatuh |
| | |
Tapak kaki | Rata di bawah, memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan menghala ke hadapan | Rata di bawa memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan sama rata |
| | |
Buah zakar dan zakar | Zakarnya baik dan boleh dikeluarkan dan masuk dengan baik; dua buah zakar yang sama besar tergantung dengan baik dan tidak terlalu labuh | Rata di bawah memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan sama rata |
| | |
Tetek dan puting susu | | Teteknya besar dan tergantung dengan baik dan tidak meleret. Kulitnya lembut dan licin. Pembuluh susu nyata tetapi tidak terketul-ketul. Dua puting yang sederhana dan menghala ke hadapan dan terletak dengan baik |
| | |
Tabiat | Cergas, garang serta gagah | Cergas |
| | |
Kesihatan | Sihat | Sihat |
Cara Perabaan
Cara perabaan adalah perlu apabila kambing yang bakal dipilih itu adalah dari jenis yang mempunyai bulu yang panjang. Ini adalah untuk menentukan kepadatan isi yang mungkin diselubungi oleh bulu atau memastikan tiada sebarang kecacatan.
Teknik Berdasarkan Penilaian
Penggunaan cara ini belum begitu meluas di negara kita. Nilaian gred diberikan kepada setiap bahagian fizikal badan.
Nilai Tertinggi | Bahagian Tubuh Yang Dinilai | |
Betina | Jantan | |
5 | 7 | A. KEPALA |
3 | 4 | B. BADAN |
20 | 22 | C. ANNGOTA |
5 | 6 | D. AMBING/SKROTUM |
6 | 8 | E. PENGAMBILAN SECARA UMUM |
| | F. KEISTIMEWAAN |
100 | 100 | JUMLAH |
RINGKASAN
Sebelum membeli atau memilih kambing untuk baka, penilaian mestilah dibuat terlebih dahulu. Penilaian ini perlu dibuat terhadap kambing bagi mendapatkan ciri-ciri yang baik. Ianya boleh dinilai melalui konformasi atau keturunan. Kambing yang telah dinilaikan digunakan untuk
No comments:
Post a Comment