Wednesday, August 29, 2007

PANDUAN PENGELUARAN & PENGURUSAN MAKANAN TERNAKAN ( BAHAGIAN II )

BAHAGIAN KEDUA

PENYIMPANAN FORAJ

Jabatan Perkhidmatan Haiwan sentiasa menggalakan para penternak mengadakan satu bentuk perancangan terhadap bekalan dan pengeluaran pastura dan foder berdasarkan keluasan yang ada. Kebanyakan penternak kecil mempunyai keluasan tanah yang terhad untuk membekalkan bahan hijauan secukupnya sepanjang tahun.

Program penyimpanan foraj ini giat diperkenalkan terutamanya secara silaj kerana JPH menyedari penternak-penternak masa kini menghadapi masalah untuk menyediakan rumput yang bermutu dan mencukupi sepanjang tahun. Kekurangan bekalan rumput segar begitu ketara semasa musim kemarau dan musim banjir. Di kawasan yang dilanda banjir berpanjangan, rumput akan mati dan perlu ditanam semula yang tentunya akan mengambil masa yang lama. Masalah ini lebih mendesak bagi kawasan-kawasan yang mengalami kedua-dua musim kemarau dan juga banjir.

Beberapa kajian telah dijalankan oleh JPH dan MARDI bagi menentukan teknologi yang sesuai untuk penyimpanan foraj di kalangan penternak-penternak kecil di Malaysia. Pada amnya, foraj boleh disimpan pada paras kelembapan yang berlainan dimana silaj pada tahap 65-75% manakala hay pula pada paras di bawah 15%, pada perkiraan berat basah.

Program penyimpanan foraj sangat digalakkan bagi tujuan berikut:

1. Satu cara menyimpan foraj semasa pengeluaran yang berlebihan dengan itu boleh digunakan semasa terdapat kekurangan bekalan.
2. Penggunaan tanah yang lebih efisien.
3. Mengurangkan ragutan dan pemotongan semasa musim kemarau.
4. Membolehkan pemotongan dilakukan semasa had umur yang ditetapkan.

Silaj

Silaj adalah makanan ternakan ruminan yang terdiri daripada bahan rufaj yang berkelembapan tinggi diantara 35% hingga 75% kandungan air yang diperolehi melalui proses penapaian dan disimpan dalam keadaan kedap udara (anaerobik). Silaj sebagai salah satu sumber bekalan makanan ternakan berkualiti untuk ruminan mempunyai kelebihan berbanding dengan rumput segar dan hay kerana silaj dapat dikeluarkan sepanjang masa, proses pengeluarannya tidak bergantung kepada keadaan cuaca dan dapat dihasilkan daripada berbagai jenis bahan rufaj seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan lain –lain bahan. Silo (bekas simpanan silaj) terdiri daripada berbagai bentuk seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain-lain. Faktor yang penting ialah bekas yang digunakan seharusnya praktikal daripada segi pengendalian dan mesti dalam keadaan kedap udara।

Bentuk silo yang digunakan untuk pembikinan silaj

Prinsip dan keperluan asas membuat silaj

Prinsip utama dalam membuat silaj ialah mempastikan keadaan yang kedap udara dan kandungan karbohidrat larut air yang mencukupi. Keadaan kedap udara diperolehi dengan memadatkan bahan tanaman dengan segera bagi mengelakkan berlakunya proses pereputan bahan hijau dan separa hijau yang memerlukan udara.

Foder yang mempunyai bahan kering lebih daripada 35% akan menyebabkan keadaan silaj menjadi kurang mampat dan ini akan menggalakkan pertumbuhan kulat. Bagi foder yang terlalu lembap (kurang 25% bahan kering) pula akan menghasilkan silaj yang masam, disamping kehilangan air dan nutrien yang banyak. Keperluan air ialah 65-75% (25-35% bahan kering). Masa yang sesuai untuk mendapatkan kandungan air pada peratus tertentu bergantung kepada jenis tanaman. Foraj jagung perlu dipotong semasa berumur 75 hari manakala rumput gajah pula hendaklah dipotong pada umur tidak melebihi 40 hari.

Kaedah membuat silaj

Foder untuk silaj hendaklah dipotong pendek diantara 3-15 cm supaya mudah dipadatkan. Foder di dalam silo hendaklah dipadatkan dengan secepat mungkin dalam masa dua hari selepas dipotong bagi menghindarkan udara daripada terperangkap. Keadaan ini akan mengurangkan pernafasan sel dan aktiviti enzim. Foder yang telah dipadatkan hendaklah diperam selama sebulan bagi menghasilkan silaj yang baik. Silaj yang baik boleh disimpan bertahun-tahun lamanya jika tidak diganggu.

Bahan silaj yang mengandungi kurang karbohidrat perlu ditambah dengan asid bukan organan (sulfurik, hidroklorik, fosforik) atau boleh juga diguna asid organan (formik, propionik), tetapi bahan-bahan tersebut mahal adalah mahal. Untuk mengurangkan kos pengeluaran silaj, ianya boleh dicampur dengan jenis-jenis karbohidrat yang boleh didapati dengan lebih murah seperti gula merah dan bijirin.

Semasa proses pemeraman perubahan bahan kepada produk tertentu dalam silaj akan berlaku. Secara am, karbohidrat dalam bahan hijau/segar yang diperam ditukarkan menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria anaerobik dengan bantuan haba yang dihasilkan oleh sel tanaman yang masih hidup. Asid-asid yang dikeluarkan, terutamanya asid laktik akan merendahkan pH dan ini menyebabkan proses biokimia yang terjadi pada bahan silaj terhenti. Dengan itu, bahan yang diperam akan dapat disimpan dengan baik dan kualiti pemakanannya dapat dikekalkan.

Kenapa silaj diperlukan

Kefahaman mengenai asas keperluan ternakan ruminan terhadap unsur asid lemak beruap (volatile fatty acid) mendorong pengusaha kepada menjalankan aktiviti pembuatan silaj. Tenaga yang diperlukan oleh ternakan ruminan diperolehi dalam bentuk asid lemak berwap daripada jenis asid asetik dan propionik dan bukan glukos seperti ternakan monogastrik. Asid lemak berwap ini digunakan oleh ruminan untuk tumbesaran, penghasilan susu dan lain-lain fungsi metabolik.

Pemeraman silaj

Silaj boleh diperam di dalam silo atau tanpa silo. Silo merupakan struktur kedap udara atau separa kedap udara yang digunakan untuk memeram silaj.

Faktor utama kerosakan silaj adalah disebabkan kehadiran udara di dalam silo. Udara menyebabkan bahan silaj rosak akibat tindakan bakteria aerobik. Bila kerosakan berlaku, silaj tersebut tidak boleh lagi digunakan sebagai makanan ternakan kerana tercemar oleh kulat, aromanya tidak enak dan mendatangkan mudarat kepada ternakan.

Kualiti silaj dapat diukur berdasarkan kepada beberapa parameter. Silaj dianggap rosak bila warna menjadi kehitaman serta berbau tengik. Nilai pH yang rendah menunjukkan tahap fermentasi asid laktid dalam silaj yang baik. Nilai pH antara 3.8 hingga 4.2 adalah silaj yang berkualiti baik manakala pH melebihi 4.5 dianggap kualiti yang kurang baik. Nilai pH melebihi 5 adalah dianggapa rosak।

Rupa silaj yang ROSAK

silaj yang BAIK

Sehingga kini teknik-teknik penghasilan silaj dengan menggunakan tower, stack dan bunker silo tidak menunjukkan kejayaan yang membanggakan dalam situasi di negara ini. Jenis-jenis silo tersebut menghasilkan peratusan silaj rosak yang tinggi. Masalah utama yang dihadapi ialah cara pemampatan serta sistem penutupan silo yang tidak sempurna yang menyebabkan keadaan erobik. Disamping itu jenis silo yang digunakan kini tidak boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Bagi mengelakkan udara terperangkap di dalam silo, bahan silaj mesti dipadatkan semasa mengisi ke dalam silo. Bila bahan diisi dengan padat, udara terperangkap berkurangan. Semakin kurang udara terperangkap, semakin baik kualiti silaj yang dihasilkan. Dua jenis silo yang lebih praktik digunakan adalah seperti berikut:-

Tong plastik

Penggunaan tong plastik sebgai silo mula diterima oleh penternak kerana mudah dikendalikan. Tong plastik adalah yang paling sesuai digunakan berdasarkan saiz dan beratnya yang mudah dikendalikan, kualiti bahan plastik yang mampu bertahan cuaca persekitaran, boleh digunakan berulang kali, harga lebih murah dan mudah diperolehi. Pada masa ini, teknik ini telah diterima pakai dan digunakan oleh penternak di Malaysia.

Penghasilan silaj menggunakan tong plastik sebagai silo, adalah dengan memadatkan bahan silaj di dalam silo, menggunakan tenaga manusia, dimana seseorang pekerja masuk ke dalam silo dan memijak bahan silaj dengan kakinya supaya padat. Semakin kuat pijakan semakin padat bahan silaj dihasilkan. Biasanya kualiti silaj yang dihasilkan dengan cara ini akan mengalami sedikit kerosakan kerana tenaga pijakan manusia tidak menjamin udara di dalam silo dikeluarkan sepenuhnya (Gambar). Memampat bahan silaj melalui pijakan manusia juga menggunakan banyak tenaga dan aktiviti ini amat meletihkan dan

Memampatkan rumput dalam tong

kurang praktikal. Akibatnya kuantiti silaj yang dihasilkan sangat terhad dan kurang berkualiti.

Bagi mengatasi masalah memampatkan bahan silaj di dalam tong plastik, JPH telah merekacipta sebuah mesin pemampat mekanikal yang merupakan kombinasi daripada alat pemampat, alat penyedut udara serta tong plastik yang diubahsuai.

Mesin tersebut terdiri daripada alat pemampat yang digerakkan oleh motor elektrik bagi menghasilkan tekanan kepada pam hidrolik. Satu plat dipasang di hujung pam untuk menekan bahan silaj supaya lebih padat. Plat ini boleh ditukar bergantung kepada saiz tong plastik yang digunakan. Lazimnya apabila bahan silaj diisi penuh, ia selalunya akan terkeluar melebihi paras muka tong plastik. Untuk menutup tong plastik dalam keadaan ini, kaedah menggunakan tangan adalah sangat sukar (Gambar). Dengan menggunakan mesin berkenaan bahan silaj boleh diisi dengan kuantiti yang banyak kerana mampatan yang lebih serta menjimatkan jumlah tong yang digunakan dan udara di dalam tong dapat diminimumkan. Selain daripada itu, penutup tong dapat ditutup dengan kemas

Mesin Pemanpatan rumput untuk membuat silaj

dan seterusnya menjamin tiada kebocoran udara agar proses fermentasi silaj berlaku dengan sempurna (Gambar).

Penutupan tong dengan lebih sempurna

Mesin ini juga dilengkapi dengan alat penyedut udara yang direka khusus bagi menyedut udara daripada tong plastik yang diubahsuai dengan memasang injap pada penutup tong.

Mesin pemampat mekanikal berpotensi besar untuk dikomersilkan kerana mempunyai ciri-ciri kecekapan tinggi dimana kerja-kerja menghasilkan silaj menjadi lebih mudah, cepat dan kualiti silaj yang dihasilkan terjamin.

Modus Operandi Mesin Pemampat Mekanikal

Bahan foraj yang dipotong dengan saiz yang sesuai, diisi ke dalam tong plastik dengan menggunakan penyodok (spade). Tong plastik yang hampir penuh ditolak di atas roller conveyor sehingga di bawah plat dan ditekan dengan mengawal suis pam. Dua orang pekerja diperlukan untuk menjalankan kerja ini. Seorang untuk mengawal suis alat pemampat manakala seorang lagi mengisi bahan foraj ke dalam tong plastik. Bahan foraj ditekan dan diisi berulangkali sehingga tong plastik betul-betul penuh. Apabila penuh, penutup tong plastik diletak di atas tong dan ditekan dengan plat kemudian dilklip. Udara lebihan di dalam tong disedut keluar dengan menggunakan alat penyedut udara melalui injap (Gambar )।

Bandela berbungkus (silawrap)

Silawrap atau bandela berbungkus adalah teknik baru dalam pembuatan silaj. Silaj berbungkus ini boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan mudah sekali jika dibandingkan dengan kaedah-kaedah sebelumnya.

Silaj boleh diperam dengan membungkuskannya. Mesin pembungkus bandela digunakan untuk kaedah ini (Gambar). Walau bagaimanpun, kaedah ini tidak sesuai untuk rumput gajah, jagun/sisa tanaman jagung dan sekoi kerana bahan yang besar dan keras akan mewujudkan rongga dan boleh memecahkan plastik pembungkus.

Sebelum membungkus, mesin pembendela mini digunakan dahulu untuk memungut bahan silaj. Mesin ini akan memungut dan memadatkan rumput serta mengikatnya supaya menjadi bandela yang berbentuk slinder. Bandela ini dikeluarkan dari bahagian depan mesin. Bandela ini kemudiannya disiram dengan molas atau urea sebagai bahan tambah sebelum dibungkus dengan mesin pembungkus. Untuk simpanan yang lama, perlu dipastikan supaya tiada tebukan atau pecahan pada bahagian plastik bungkusan ini. Penggunaan kaedah ini memerlukan kos yang tinggi kerana prosesnya melibatkan beberapa mesin dan peralatan yang lain.

Silaj Batang Jagung Manis

Jagung manis jenis Thai Super Sweet merupakan satu tanaman kontan atau tanaman jangka pendek yang popular oleh kerana ia mempunyai niali jual dan pasaran yang baik. Projek tanaman jagung manis boleh ditambahnilai jika ianya dapat diintegrasikan dengan pemeliharaan lembu fidlot. Gabungan kedua-dua aktiviti penternakan dan tanaman akan dapat mengoptimumkan sumber tanah, gunatenaga dan sisa tanaman sebagai makanan asas penggemukan lembu. Kos pembajaan akan dapat dikurangkan jika tinja daripada kandang lembu dapat disalurkan ke kawasan tanaman jagung.

Pokok jagung adalah satu tanaman yang berpotensi untuk dibuat silaj. Di negara barat silaj jagung dibuat bersama dengan jagungnya sekali. Silaj yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi. Di negara kita, jika silaj jagung bersama jagungnya sekali dibuat silaj, ia tidak mendatangkan keuntungan yang tinggi. Keuntungan yang optimum diperolehi bila batang jagung sahaja diproses untuk silaj dan hasil jagung boleh dijual secara berasingan. 20-25 kg silaj batang jagung manis diperlukan oleh seekor lembu tenusu untuk sehari bersama foraj lain dan konsentret.

Daripada kajian yang dijalankan didapati sebanyak 17 tan metrik silaj batang jagung dapat dihasilkan daripada sehektar tanaman setelah diambil kira kehilangan bahan kering semasa proses membuat silaj dijalankan.

Pokok-pokok jagung di potong dan dikumpul pada umur 75 hari selepas menanam. Pastikan sisa jagung tidak kering diladang supaya kandungan kelembapan batang jagung sediaada akan memudahkan kemampatan bahan-bahan hancur dan menggalakkan keadaan anaerobik. Ada dua cara pungutan dan pemotongan batang jagung iaitu:

  • potong batang jagung secara manual
  • angkut secara manual atau dengan treler
  • cincangkan batang jagung dengan shredder
  • potong dan hancurkan batang jagung dengan forage harvestor
  • angkut dengan treler

Kerja memotong batang jagung perlu dilakukan di dalam masa 3 hari selepas penuaian buah jagung dan diangkut dengan treler dari ladang ke kandang. Pemotongan batang jagung ke dalam keratan kecil untuk pemampatan dan proses pemeraman dijalankan dengan penggunaan forage chopper di tapak silo. Silaj yang dibuat dengan kaedah yang betul boleh digunakan selepas 3 hingga 4 minggu diawet tanpa terdedah kepada udara. Untuk meningkatkan mutu dan mempercepatkan proses fermentasi silaj sebanyak 1% cairan molas disiram ke atas batang jagung semasa pemampatan. Sebanyak 10 kg molas/tan metrik silaj digunakan dengan kadar pencairan 1kg molas dan 5 kg air.

Selepas tungkul jagung dituai, batangnya masih mengandungi sumber nutrien yang tinggi sesuai untuk ternakan. Semasa umur penuaian iaitu 75 hari kandungan protein kasar ialah 9.6% dan Tenaga ungkaibina (ME) adalah 7.82 MJ/kg boleh didapati dari batang jagung. Dengan kandungan nutrien yang agak tinggi pengawetan bahan tersebut perlu dijalankan bagi manampong kekurangan makanan ternakan semasa musim kurang baik।

Jadual Kandungan nutrien batang jagung manis segar dan तेर्नाकन

NUTRIEN

SEGAR

SILAJ

40

hari

60

hari

75

hari

Silaj

Tanpa

molas

Dicampur

1% Molas

Dicampur

2% Molas

Bahan kering

16.4

16.5

25

23.3

28.1

26.8

Protein kasar

12.5

11.9

9.6

8.2

11.2

12.4

Serat kasar

30.8

32.4

34.5

33.8

29.7

31.9

Posforus

0.2

0.16

0.15

0.22

0.17

0.2

Kalsium

0.26

0.37

0.46

0.46

0.67

0.53

Tenaga Ungkaibina

(MJ/kg)

8.4

8.19

7.82

5.86

6.27

6.09


Silaj Napier ( rumput gajah)

Diantara beberapa spesis rumput terpilih yang didapati di negara ini, rumput gajah adalah yang paling sesuai untuk dijadikan silaj. Ini berasaskan kepada penghasilan dan kandungan karbohiderat yang tinggi. Daripada kajian dijalankan menunjukkan rumput gajah perlu dipotong pada peringkat umur 40 hari untuk mendapatkan zat nutrien yang optimum. Kandungan protein kasar dan tenaga ungkaibina akan menurun dengan mendadak pada peringkat umur 75 hari.

Jadual Kandungan nutrien rumput napier segar dan silaj

NUTRIEN

SEGAR

SILAJ

40

hari

60

hari

75

hari

40 hari

40 hari

dicampur

1% molas

75 hari

75 hari

dicampur

1% molas

Bahan kering

14.8

23.4

31.6

15.3

19.6

28.6

36.2

Protein kasar

15.6

8.6

7.8

13.5

12.4

6.2

7.4

Serat kasar

33.5

36.4

46.9

32.8

26.5

38.1

27.5

Posforus

0.18

0.15

0.16

0.36

0.19

0.14

0.14

Kalsium

0.30

0.41

0.36

0.40

0.67

0.34

0.72

Tenaga Ungkaibina

(MJ/kg)

7.92

6.46

6.45

7.43

7.57

5.95

7.12


Pengambilan silaj adalah dijangkakan ada kaitan dengan kandungan zat nutrien seperti bahan kering, peratus protein, kadar asid laktik dan asetik serta paras ammonia di dalam silaj (Seperti di Jadual). Keputusan kajian yang diperolehi menunjukkan pengambilan silaj oleh ternakan adalah lebih tinggi apabila peratus bahan kering melebihi 40.

Jadual : Akibat jumlah bahan kering di dalam silaj ke atas pengambilan silaj oleh बेबिरी

Bahan

Bahan Kering Dalam Silaj (%)

22

40

45

80

pH silaj

Kandungan asid, % drpd bahan kering

Laktik

Asetik

Jumlah Asid Lemak Berwap (VFA)

Pengambilan bahan kering g/kg

Berat badan W

Kadar Penghadaman Bahan Kering (%)

Pengambilan N, g/hari

N kekal, g/hari

Kadar penghadaman N, %

Pengambilan air, g/g bahan kering

4.48

5.06

4.91

10.46

49.1

58.2

14.2

0.9

70.5

3.5

4.49

4.11

3.21

7.53

57.3

60.1

16.2

1.0

72.2

2.4

4.53

3.19

2.88

6.26

58.8

60.0

18.3

2.6

72.0

2.4

5.89

0.19

0.62

1.0

63.2

61.1

19.6

2.9

70.0

2.2

Unsur: D.R. Hawkins, et.al, 1970. J. Ani. Sci. 31:617

Satu kajian perbandingan telah dijalankan menggunakan batang jagung manis dengan rumput napier, dicampur dengan urea dan molas. Silaj batang jagung manis yang dicampur molas dan urea mengandungi Acid Detergent fibre (ADF), Neutral Detergent Fibre (NDF), hemiselulosa dan selulosa (beberapa peringkat serat) yang lebih rendah, kandungan protein dan tenaga metabolisma yang lebih tinggi, dibandingkan dengan silaj yang tidak dicampur molas dan urea. Keadaan yang sama juga berlaku ke atas rumput napier.

Satu kajian lain yang dijalankan di luar negara membuat perbandingan ke atas silaj jagung pada dua peringkat umur dan campuran urea adalah seperti di Jadual .

Perlakuan

Unit

Silaj jagung

Silaj jagung

(campur urea)

1

2

1

2

Nilai nutrien

Bahan Kering

Protein kasar

Karbohidrat mudah hadam

pH

Asid Laktik

Asid Asetik\

Pengambilan makanan

%

%

%

-

%

%

g/hari

26.0

9.6

14.5

3.7

7.3

1.9

881

39.1

7.7

16.4

3.7

4.7

1.1

816

26.1

13.5

14.0

3.7

7.9

1.9

844

38.8

11.2

16.0

3.9

5.3

1.3

1000

Petikan: Harmon, et.al. (1975). J. Ani. Sci. 40:144

Kajian tersebut menunjukkan nilai protein dan kegemaran serta pengambilan makanan tersebut oleh ternakan meningkat apabila silaj daripada bahan yang sama mengandungi campuran urea.

Silaj adalah kaedah pengawetan yang mudah dan praktikal apabila terdapat foraj yang berlebihan. Ianya boleh disimpan lama dan digunakan semasa terdapat kekurangan sumber makanan berasas foraj. Kualiti silaj adalah lebih baik jika dibandingkan dengan pengawetan menggunakan kaedah-kaedah lain. Rasanya lebih enak disamping terdapat penambahan zat nutrien seperti tenaga dan protein serta kadar penghadamannya yang lebih tinggi.

Soal Jawap Berkaitan Silaj

1. Apakah ciri-ciri hibrid jagung silaj yang baik?

Ciri-ciri jagung silaj yang baik ialah hibrid yang dapat menghasilkan bahan kering yang tinggi iaitu diantara 30-36% dan apabila 60-80% daripada biji jagung mencapai kematangan.

2. Manakah lebih baik diantara penuaian dilakukan pada peringkat awal daripada penuaian lewat?

Tanaman bijirin seperti jagung, sekoi dan gandum penuaian awal adalah lebih baik daripada lewat. Tetapi kehilangan nutrien hendaklah dielakkan (jangan menuai bahan tanaman yang mengandungi kelembapan melebihi 70%). Silaj yang dituai awal mempunyai pH yang rendah, kandungan asid yang tinggi dan berkemungkinan kehilangan bahan kering jika dibandingkan dengan penuaian lewat. Penuaian terlampau lewat akan merumitkan pemotongan dan pemadatan.

3. Bagaimana membuat silaj daripada rumput tropika yang mengandungi kelembapan yang tinggi?

Foraj yang dipotong hendaklah dilayukan sehingga mengandungi 30% bahan kering. Kemudian tambah 10-25 kg molas bagi setiap satu tan metrik foraj segar.

4. Berapakah saiz pemotongan yang sesuai?

  • 3/8 inci (10-12 mm) bagi jagung, sekoi dan gandum।
  • 1/2 hingga 1 inci bagi rumput
  • Saiz pemotongan yang lebih pendek diperlukan bagi foraj yang agak kering berbanding dengan foraj basah.

BLOK UREA-MOLAS

Blok urea-molas (BUM) adalah suatu makanan penambah untuk haiwan ruminan. Ia diadun menggunakan bahan-bahan seperti gula molas dan urea, iaitu bahan utamanya. Ia ditambah dengan lain-lain bahan protein, tenaga, galian dan mungkin juga vitamin. Bahan-bahan yang lainnya itu bertujuan untuk menambah kepejalan adunan serta meningkatkan kandungan nutrien-nutrient tersebut didalam adunan. Bahan utamanya, iaitu gula molas (cecair) dan urea, membekalkan tenaga mudah hadam dan unsur ammonia yang tinggi. Bagi mengeraskan adunan pula biasanya dicampur simen dan ada yang menggunakan kapur (Ground limestone), walaupun ada pendapat menyatakan campuran kapur menyebabkan adunan mudah retak. Adunan digaul dengan pembancuh atau secara mekanikal dan dimasukan ke dalam bekas yang sesuai semasa masih cair, mengikut saiz dan bentuk bekas yang dikehendakki, samada 1kg, 2kg, 5 atau 10kg dan bekas empat segi, bulat atau lonjong. Ia mengambil masa seminggu sebelum keras dan boleh dikeluarkan dari bekas untuk digunakan।

SEJARAH BLOK UREA-MOLAS

Blok urea-molas bukanlah satu ciptaan baru. Ia mula diperkenalkan didaerah Padang Pasir Sahil di Afrika sejak berpuluh tahun dahulu, bertujuan memberi makanan berkhasiat tinggi kepada ternakan yang kebuluran selepas sesuatu kejadian kemarau panjang. Oleh kerana ketiadaan bekas yang besar dan kenderaan yang sesuai bagi membawa makanan, terutamanya molas ke pendalaman atau ke tengah-tengah padang pasir, molas dan urea diadun dengan lain-lain bahan dan dikeraskan supaya mudah dibahagi-bahagikan kepada penternak supaya senang diagihkan kepada ternakan mereka yang kelaparan. Makanan ini mempunyai kandungan zat-zat nutrien yang tinggi dan amat sesuai untuk ternakan di padang pasir।

FUNGSI UREADAN MOLAS

Ternakan yang kebuluran, lapar dan kurus selepas kemarau panjang di padang pasir biasanya akan hilang selera makannya selepas itu kerana kandungan ammonia didalam perut rumennya sudah pupus langsung. Ammonia didalam rumen berfungsi sebagai perangsang selera makan kepada ruminan. Dikala ketiadaan langsung ammonia didalam rumen rangsangan tidak dapat digerakan ke bahagian selera makan didalam otak ternakan, menyebabkan ia terus tidak berminat untuk memakan makanan walaupun akan terdapat foraj menghijau selepas hujan turun semula. Ternakan ini boleh kematian didalam padang rumput menghijau.

Apabila diberi adunan BUM, yang mengandungi 8 – 10 peratus urea (Berbahaya pada ternakan didalam keadaan lain) itu, urea akan bertukar menjadi Ammonia didalam rumen. Ammonia ini akan memberi isyarat kepada bahagian selera makan didalam otak dan ia akan merangsang ternakan berselera mahu menjamah makanan semula.

Urea tidak boleh diberi bersendirian kepada ternakan kerana dengan sendirinya ia adalah beracun kepada ternakan dan boleh menyebabkan kematian. Molas, iaitu suatu, bahan tenaga yang mudah dihadam, akan bercampur dengan ammonia, menjadikan ammonia tidak lagi berada didalam keadaan bebas, tetapi bercantum dengan suatu karbohidrat, yang kemudiannya akan menjadi asid amino dan seterusnya dicantum menjadi protein. Ia akhirnya menghasilkan protein dengan pertolongan bakteria didalam rumen.

Perlu diingat BUM patut diberikan kepada hanya ternakan ruminan sahaja. Tidak boleh diberi berpanjangan dan perlu diberhentikan pemberiannya sebaik sahaja ternakan sudah mula mempunyai selera memakan makanan semula, kecuali jika kandungan urea didalam adunan BUM dikurangkan kepada jumlah tidak melebehi 2 peratus. Dimana-mana juga BUM boleh diberi kepada ternakan, dengan syarat ternakan tersebut tiada selera memakan dan pada lembu diberi tidak melebihi 0।5kg dan bebiri 50-100gram sehari.

ADUNAN UREADAN MOLAS

Tidak ada suatu formula yang khusus untuk membuat blok urea-molas. Ia boleh menggunakan apa-apa saja bahan yang boleh didapati dengan mudah serta murah, mempunyai zat-zat nutrien tertentu seperti protein, tenaga dan galian, tetapi tidak boleh tertinggal bahan utamanya, iaitu urea dan molas serta bahan untuk mengeraskan adunan, seperti simen atau kapur, mengikut pengalaman seseorang, yang mana lebih baik. Beberapa formula yang pernah dicuba dan didapati hasilnya baik adalah seperti didalam Jadual 1.

Jadual 1: Formula Adunan Blok Urea-Molas (Peratus)

Formula No.

Molas

Urea

Garam

Galian

Simen

Jenis dedak

(PKC, gandum dll)

1

38

10

1

1

10

40

2

38

10

1

2

10

39

3

38

10

1

2

10

41

4

40

8

2

3

7

40

5

45

10

2

3

10

34

(Pilih mana yang disukai)

CARA MEMBUAT

Campuran bahan-bahan mengikut aturan seperti berikut:

i)Molas

ii) Urea

iii) Simen

iv) Garam/galian, dan

v) Dedak yang dipilih

Kacau hingga rata dan sebati, samaada didalam besin besar (untuk adunan 30kg), atau didalam pengisar mekanikal. Tuangkan ke dalam bekas yang dialaskan dengan plastik. Biarkan diantara 1-2 minggu sebelum keras dan sedia untuk digunakan.

BAHAN-BAHAN YANG DIBENARKAN

Kotak-kotak yang berisi dengan BUM

i) Molas - mengandungi tidak lebih 35% air

ii) Urea - mengandungi 46% Nitrogen

iii) Simen - simen biasa

iv) Garam - Garam biasa, kasar atau halus,Galian - Disyorkan Trikalsium fosfat, (TCP – 1 –1.5%),dan kapur ( Ground limestone – 1-1.5%) dan boleh juga dicampur campuran galian premix atau “Biostock” (0.5%).

v) Dedak boleh dipilih sama ada dedak sawit (PKC), dedak gandum,dedak padi, dedak kekacang dan lain-lain।

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat BUM

Ternakan Yang Boleh Mendapatkan Manfaat

Tidak semua ternakan ruminan boleh mendapat manfaat yang setimpal daripada pemberian BUM.

  1. Hanya ternakan ruminan yang kurus dan tiada selera makan kerana kehausan unsur Nitrogen sahaja akan memperolehi manfaat yang terbaik.
  2. Ternakan ruminan yang sihat boleh diberi urea dan molas sebagai unsur protein dan tenaga tambahan, tetapi kandungan ureanya tidak boleh begitu tinggi.
  3. Haiwan ternakan selain daripada ruminan atau anak lembu yang mana perut rumennya belum berfungsi tidak boleh diberikan BUM atau apa-apa campuran yang mengandungi urea kerana ia akan mengakibatkan keracunan.
  4. Pemberian kepada ternakan perlulah secara beransur-ansur. Apabila mereka telah dapat menerima makanan ini dengan baik, anggaran 0.50 – 0.70kg boleh diberikan dan jika perlu tidak boleh melebehi 1.5 kg seekor sehari bagi lembu dewasa. Bagi seekor kambing atau bebiri boleh diberikan dalam anggaran 50 – 100gm sehari, kerbau yang lemah dan kurus boleh diberikan diantara 250 – 500gm sehari.
  5. Perlu diingatkan pemberian blok urea molas adalah untuk ternakan tertentu sahaja. Ia adalah bertujuan bagi menambah unsur Nitrogen dan tenaga segera secepat mungkin, untuk memulihkan selera makan dan meningkatkan pencernaan bahan serat (foraj). Pemberiannya untuk tujuan lain tidak akan memperolehi manfaat sepenuhnya. (Adunan urea-molas boleh disediakan dengan kandungan urea tidak melebihi 2% dan ia boleh diberikan kepada mana-mana ternakan ruminan dewasa sebagai makanan penambah untuk protein dan tenaga)
  6. Pemberian bahan urea dengan cara yang tidak betul atau pembancuhan yang tidak rata boleh menyebabkan keracunan kepada ternakan. Pada peringkat awal ternakan akan dilihat mengeluarkan air liur berbuih-buih. Tindakan segera perlu diambil untuk mengubati keadaan ini.

Cara Merngubati Ternakan Yang Mengalami Keracunan Urea

1. Untuk Lembu:

Berikan 2.5 – 5.0 liter asid asitik (5%)

2. Bebiri/kambing:

Berikan 0.5 – 2.0 liter asid asitik (5%)

3. Ulang ½ jam kemudian.

GALIAN JILATAN

MINERAL LICK

Berbagai jenis galian diperlukan oleh haiwan setiap hari untuk kegunaan didalam fungsi metabolisma. Galian menolong dalam fungsi metabolisma, membina tulang dan gigi, membina darah, menghasilkan produk dari ternakan, menegangkan kulit serta menumbuhkan bulu ternakan, menumbuhkan wul yang bermutu untuk bebiri dan yang terpenting sekali menstabilkan cecair didalam badan.

Galian terbahagi kepada dua kumpulan :

a) Galian Makro

Kalsium, Fosforus, Magnesium, Klorin, Natrium (Sodium), Kalium (Potasium) dan Sulfur

b) Galian Mikro

Kuprum, Ferric, Cobalt, Molybdenum, Manganese, Selenium, Zinc dan Iodine

Galian adalah bahan semula jadi, sama ada terdapat didalam makanan atau boleh didapati daripada tanah atau laut. Ia tidak boleh diperbuat atau dijadikan melalui proses kimia seperti bahan organan, Bagi bahan organan, protein boleh ditukar ganti menjadi karbohidrat atau lemak dan sebaliknya, melalui proses kimia. Dengan itu setiap galian perlu diberi kepada ternakan dengan cara ditambah kedalam makanan atau boleh terdapat atau telah tersedia ada didalam berbagai makanan dalam kadar tertentu.

Di kawasan-kawasan terhad bahan-bahan makanan yang ada juga berkemungkinan mengandungi nutrien yang terhad, termasuk galian-galian yang diperlukan. Setiap makanan sebenarnya mempunyai segala galian-galian ini, tetapi kandungannya agak tidak mencukupi dan perlu ditambah dengan cara cara tertentu. Perlu diingatkan tanpa galian-galian ini diberikan kepada ternakan setiap hari proses metabolisma dan seterusnya penghasilan produk ternakan akan terjejas dan merosot. Galian perlu dicampurkan kedalam makanan, samada didapati daripada makanan yang diberi, atau boleh diberi dalam bentuk campuran galian jilatan.

Ternakan mungkin boleh mendapat sedikit galian daripada foraj dan didalam makanan konsentrat yang telah dicampur dengan galian-galian tertentu. Bagi menentukan ternakan mendapat cukup galian, contohnya untuk lembu tenusu, atau bagi lembu pedaging yang dilepas meragut tanpa pemberian konsentrat, galian jilatan boleh, malah perlu diberikan kepada mereka. Galian jilatan ini boleh dibiarkan dijilat bebas oleh ternakan kerana haiwan ternakan mempunyai perasaan (instinct) tersendiri, bila mereka memerlukan atau kekurangan sesuatu galian dan mereka tidak akan memakan lebih dari yang diperlukan hingga membawa kepada kemudaratan diri mereka.

Terdapat galian jilatan komersil yang berbentuk seperti batu bulat dan ianya boleh digantung dikandang atau didalam pedok pastura। Ia agak mahal kerana diimpot dari luar negeri। Untuk mendapat campuran galian yang hampir sama kandungan dengan campuran komersil tersebut dengan lebih murah bahan-bahan galian ini boleh dibeli dan dicampur dan digaul sendiri.

Garam jilatan komersil yang diimport

Bahan galian

%

Camporan

Campuran dalam 1 tan

(Kg)




1. Garam

32

320

2. Trikalsium fosfat

32

320

3. Kapur (Ground limestone)

16

160

4. Galian mikro (Biostock)

16

160

JUMLAH

100 %

1000 Kg

Kos bahan campuran sendiri ini hampir sepuluh kali ganda lebih murah daripada campuran komersil dan kandungan galiannya hampir sama, tetapi ianya terdapat dalam bentuk terlerai dan berdebu. Formula campurannya adalah seperti berikut :Campuran galian ini dimasukkan kedalam palung, saiznya mengikut seperti diperlukan. Apabila ternakan mula menjilatnya campuran ini akan basah dan dengan campuran air liur ternakan dan kapur yang ada, ia akan menjadi seperti tanah liat dan melekat. Biarkan ternakan menjilatnya secara bebas sekehendaknya, supaya ia mendapat semua galian yang diperlukan tanpa akan mengalami kekurangan galian lagi, yang mana jika berlaku boleh menjejaskan prestasi penghasilan produknya. Ternakan dijamin tidak akan mengalami keracunan kerana mereka tidak akan mengambil lebih galian.

No comments: