Monday, August 20, 2007

KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT

KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT

Mengenal pasti kambing sakit atau sihat adalah penting.

monyok dan kelihatan tidak bermaya

kelihatan segak dan cergas

tidak mahu makan

berselera makan

mengasingkan diri

sentiasa berada dalam kumpulan

membuat bising


tahi tidak bulat

tahi keras dan bulat

bulu kering dan meremang

kulit licin dan bulu berkilat

kurus kering

tidak kurus

Penyakit dan gejala-gejala yang biasa ditemui dalam permeliharaan kambing adalah:

Penyakit

Tanda-Tanda

Pencegahan

Puru (Contagious

Ecthyma)

disebakan oleh virus, menyerang anak-anak kambing yang masih menyusu

anak-anak kambing menjadi kurus dan lemah kerana susah hendak makan.

terdapat gelembung-gelembung yang mengandungi air pada bahagian kulit lembut, mulut, gusi dan juga bibir. Bila gelembung-gelembung ini pecah, ianya akan menjadi keruping dan kadangkala merekah dan berdarah.

.

vaksinasi sernasa berurnur di antara 3 minggu - 1 bulan dan sekali lagi 3 atau 4 bulan selepas vaksinasi pertama.

Ubat/Rawatan

Mengasingkan anak-anak karnbing yang berpenyakit untuk menjauhi jangkitan dari gelernbung yang telah pecah.

Mernbersih dan mengubat luka-luka akibat dari gelembung yang pecah dengan menggunakan iodine atau 'gentian violet' (ubat biru).

Kembung

Kembung terjadi apabila terdapat banyak gas (angin) di dalarn perut. Keadaan ini adalah disebabkan oleh bahan-bahan yang banyak mengandungi bahan nitrogen seperti kekacang.

  1. Mengeluarkan air liur
  2. Perut buncit terutarna di sebelah kiri
  3. Bunyi dentuman yang kuat apabila diketuk
  4. Pernafasan yang susah
  5. Keadaan gelisah, bising, mengernbik dan kerap buang air kecil
  1. mengurangkan memberi kekacang dan bahan-bahan yang mernpunyai kandungan nitrogen yang tinggi
  2. Memelihara padang ragut supaya tidak lebib dari 50% kekacang

Ubat/Rawatan

i. Memberi makan minyak kacang.
ii. Minyak sayur/minyak jagung.

Paru-paru/Selsema/Sejuk (Pneumonia)

Batuk basah - disebabkan serangan bakteria yang menyerang kambing, ketika berada dalam keadaan tenat seperti kesejukan, perudaraan yang kurang baik dan kesesakan dadanya.

  1. Kelihatan moyok dan mengasingkan diri
  2. Lemah dan tidak terdaya
  3. Menjadi kurus
  4. Pernafasan cepat
  5. Kadangkala terbunyi batuk dan terdapat bendalir keluar dari hidung seperti hingus. Tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan kematian
  1. Asingkan supaya tidak berjangkit
  2. Menjaga kebersihan kandang supaya tidak lembab
  3. Elakkan ia berhujan

Cirit-birit (Diarrhoea)

i. Cacing
ii. Protozoa (koksidia)
iii. Kuman
iv. Salah makan.

  1. Najis cair dan tidak berbentuk bulat seperti biasa
  2. Kotor dan basah di sekeliling pangkal ekor
  3. Kambing akan kelihatan moyok dan mengasingkan diri
  4. Kadangkala najis berbau busuk
  1. Memberi ubat cacing untuk mengurangkan beban cacing
  2. Menjaga keadaan kandang supaya bersih dan tidak dijangkiti kuman merbahaya
  3. Mernberi makanan yang betul. Jika hendak menukar makanan hendaklah dibuat secara beransur-ansur

Ubat/Rawatan

  1. Memberi banyak air terutarna yang mengandungi glukos(gula)
  2. Memberi banyak air terutarna yang mengandungi glukos(gula)
  3. Memberi ubat yang bolch mengurangkan berak seperti 'kaolin' yang boleh mengalas kulit perut
  4. Memberi banyak air terutarna yang mengandungi glukos(gula)
  5. Memberi ubat yang bolch mengurangkan berak seperti 'kaolin' yang boleh mengalas kulit perut
  6. Ubat pembunuh kuman ataupun cacing

Kurang Darah (Anaemia)

Kekurangan darah adalah satu keadaan di mana bilangan sel-sel darah merah kurang daripada biasa.

  1. Muka pucat

Ø bibir, gusi dan lidah yang pucat

Ø lapisan dalam kelopak mata juga keputihan

  1. Lemah
  2. Bulu meremang
  3. Badan kurus
  1. Memberi makanan yang cukup dan berzat
  2. Menambahkan zat besi
  3. Memberikan vitamin untuk selera makan
  4. Ubat cacing
  5. Pembasmian kutu

Kancing Gigi

disebabkan oleh racun sejenis kuman yang boleh merosakan saraf. Ini biasa terjadi apabila terdapat luka-luka kecil badan/kulit ternakan itu. Kemung kinan termasuk kotoran di mana kuman ini dapat membiak

  1. Keseluruhan badan menggigil dan menggeletar yang tiadak boleh dikawal. Keempat-empat kaki akan menjadi lurus, tegang dan keras
  2. Mulut akan terkancing (kancing gigi) dan kepalabiasanya mendongak ke atas. Kalau terjadi semasa berdiri, ianya akan tumbang
  3. Tanda-tanda ini menjadi lebih teruk apabila terdapat rangsangan bunyi yang kuat dan juga cahaya yang terang
  1. Suntikan toxoid semasa 3 bulan
  2. Mengubat luka-luka terutarna 'puncture wound'

Ubat/Rawatan

  1. Tetanus antitoxin dan toxoid
  2. Ubat pelali

Luka-luka

Luka boleh disebabkan oleh benda-benda yang tajam. Walaupun ianya dianggap ringan tetapi jika tidak diberi perhatian akan menjadi busuk dan berulat.


  1. sekeliling kudis dicukur dan dicuci bersih dengan ubat kuning (iodine) supaya tiada terdapat kekotoran dan habuk
  2. Sapukan ubat 'lorexane' pada luka
  3. Semburkan ubat penjauh lalat seperti 'gusanex' ataupun 'negasunt'

Ubat/Rawatan

  1. Tetanus antitoxin dan toxoid
  2. Ubat pelali

Kurap

Kurap boleh terjadi disebabkqn oleh kulat atau ektoparasit (mange

Keguguran bulu pada beberapa bahagian tubuh dan kadangkala disertai dengan kudis-kudis yang bernanah kerana parasit ini menggali lapisan kulit menyebabkan gatal dan kerosakan akar rambut.

Ubat/Rawatan

Kurap yang disebabkan oleh kulat boleh disapu dengan iodine

kurap yang disebabkan oleh 'mange' pula dikehendaki untuk dirawat dengan ubat serangga seperti I% larutan malathion yang membunuh parasit dewasa.

Rawatan hendaklah diulangi tiap-tiap 10 - 14 hari selarna 3 kali.

Buruk Kuku

Keadaan tempat yang lembab membawa penyakit ini. la disebabkan serangan bakteria pada kuku.

  1. Kambing kelihatan tempang
  2. Celah tapak kaki diperantaraan kukunya bengkak dan berbau busuk

Ubat/Rawatan

Kuku yang buruk dipotong dan kaki dibasuh bersih. Kuku tersebut direndam di dalam 5% formalin atau 10% Kuprum Sulfat (CuSO4) sekali sehari selama 3 hari.

No comments: