Thursday, August 30, 2007

PANDUAN PENGELUARAN & PENGURUSAN MAKANAN TERNAKAN ( BAHAGIAN III )

FODER SIRAMAN ( IRRIGATED FODER )

PENDAHULUAN

Bekalan foder yang berterusan menjadi satu syarat kepada kejayaan kepada perusahaan ternakan. Jika bekalan foder segar tidak menentu, perusahaan ternakan akan menghadapi masalah pengeluaran (susu dan daging ) dan seterusnya akan menyebabkan pasaran tidak menentu.

Dalam keadaan biasa, hasil pengeluaran foder tidak seragam sepanjang tahun. Hasil biasanya akan tinggi dimusim hujan dan akan berkurang pada musim kemarau. Faktur kekurangan air menjadi faktur penyebab dalam masalah ini. Bagi mengatasi masalah ini, satu sistem pengeluaran foder secara siraman boleh menghasilkan kuantiti dan kualiti foder yang hampir sama sepanjang tahun.

Sistem ini sesuai diamalkan bagi perusahaan ternakan secara intensif samada perusahaan fidlot atau tenusu. Satu kawasan foder yang kecil boleh menghasilkan kuantiti foder yang banyak dengan menggunakan satu sistem pengairan dan pembajaan yang ketat.

DEFINISI FODER SIRAMAN

Foder siraman bermaksud foder yang dihasilkan melalui satu sistem siraman yang terdiri dari air bersih , air kumbahan atau air yang mengandungi baja yang dirumuskan secara berterusan bagi menjamin hasil dan kualiti foder yang dihasilkan.

Penyiraman rumput dengan cara sistem pengiraan semburan

a Semburan Air Siraman

Dalam keadaan biasa, satu sistem siraman foder boleh dibuat dengan menggunakan sistem pengairan semburan dengan bantuan pam yang digerakan oleh enjin disel. Punca air boleh diperolehi dari sumber air yang banyak seperti tasik semulajadi atau tasik buatan yang besar. Air dari sumber tersebut dipam dan disiram dengan menggunakan siraman semburan (sprinkler) dimana paipnya dipasang dibawah tanah dan kepala paip semburan hendaklah dipasang pada aras yang tinggi melebehi 2.5 m bagi mengelakan saluran paip rosak akibat dari dilanggar oleh jentera. Semburan air boleh dibuat berterusan dimusim kemarau manakala dimusim hujan semburan dibuat mengikut keperluan.



Rumah hijau (plastik) 4 tingkat rekaan tempatan bagi pengeluaran foder hidroponik

Pokok kekacang (Dun pea – 56% Protin Kasar ) berumur 10 hari dalam “tray” pertumbuhan

Pokok kekacang (Dun pea ) berserta dengan akar yang bersih sedia untuk diberi makan kepada ternakan

Pokok kekacang (Dun pea – 56% Protin Kasar ) berumur 10 hari dalam “tray” pertumbuhan


Pokok kekacang (Dun pea ) berserta dengan akar yang bersih sedia untuk diberi makan kepada ternakan


Lembu susu sedang menikmati makanan lazat pokok gandum (wheat grass) dan dun pea dikandang


Lembu susu sedang menikmati makanan lazat pokok gandum (wheat grass) dan dun pea dikandang

Jenis Tanaman

Beberapa jenis tanaman sesuai dibiakan secara hidroponik. Kajian menunjukan pokok jagung, kekacang (dun pea), dan gandum (wheat grass) boleh dibiakan dengan baik. Walaubagaimana pun benih pokok yang berkualiti sahaja boleh digunakan. Jika biji benih yang peratus percambahan yang rendah, biji benih yang tidak bercambah akan busuk dan menjejaskan kualiti foder yang akan dihasilkan.

Kuantiti benih yang akan digunakan bagi setiap tray juga akan mempengaruhi kadar pertumbuhan. Jika terlampau banyak kuantiti bijibenih diletakan bagi setiap tray, ia akan menjejaskan kadar pertumbuhan

Hasil Pengeluaran

Pengalaman bagi negara Australia, dengan menggunakan teknologi penghawa dingin, kadar pengeluaran foder hidroponik berbanding dengan penggunaan benih ialah 1:10. Bagi setiap satu kg benih yang di hasilkan, sebanyak 10 kg foder dapat dikeluarkan. Kajian yang dilakukan diMalaysia menunjukan kadar pengeluaran ini ialah 1: 5 hingga 1: 8.

Kos Pengeluaran

Teknik pengeluaran hidroponik foder melibatkan kos yang agak tinggi. Sebab utama peningkatan kos adalah disebabkan biji benih tanaman yang dignakan seperti gandum dan kekacang (dua pea) perlu di impot. Dengan harga bijibenih kekacang (RM 3.50) dan gandum (RM 2.50) maka kos bagi mengeluarkan 100 g protin berasaskan berat kering adalah RM 2.93 bagi gandum dan RM 2.40 bagi kekacang berbanding hanya RM 0.10 bagi foder rumput (kaedah biasa) dan RM 0.12 bagi “irrigated” foder (jadual).

Analisa kos ini jelas m,enunjukan bahawa pengeluaran makanan ternakan dengan menggunakan bijibenih yang di impot ini tidak menguntungkan. Walaubagaimana pun teknologi yang sedia ada mempunyai potensi untuk mencari satu sumber benih yang sesuai dan murah.

Perbandingan Harga Rumput (Tanaman biasa dan “irrigated Fodder) dengan gandum dan kekacang (dun pea) berasaskan kandungan protin bagi dalam satu kg (BK)

Bahan Tanaman

CP (g) dalam

1 kg (BK)

Harga (RM)

Bagi 100 g protin

Gandum

Dun Pea

RUMPUT

Tanaman biasa

Irrigated foder

233

250


140

140

2.93

2.40


0.10

0.12



No comments: